Friday 4 October 2013

Pelan Rumah Hidup

1. Sebelum pembinaan bermula, penelitian harus diberikan peringkat terakhir terhadap pelan dalam semua peringkat terutama layout bahagian dalam rumah. Layout dalam rumah boleh berubah sedikit jika tidak melibatkan ukur lilit rumah. Perubahan layout juga akan menyebabkan pelan struktur rumah berubah dan memerlukan pihak engineer untuk menyediakan pelan strutur yang baru.

2. Ini penting agar semasa pembinaan tidak berlaku 'pelan hidup' di mana berlaku banyak perubahan daripada pelan asal, ini akan melibatkan pertambahan kos dan masa. Sebagai contoh sebahagian dinding yang tersilap perlu dipecahkan atau ingin memperbesarkan ruang yang sedia ada. 

3. Kontraktor atau tukang akan mengenakan tambahan upah untuk kerja-kerja sebegini kerana berubah mengikut pelan asal. Namun ianya bergantung dan mengikut keperluan citarasa pemilik masing-masing.

4. Pesanan daripada rakan yang telah selesai membina rumah, semasa penyediaan tapak dan ground beam, dilema biasa pemilik rumah adalah sesuatu ruang itu dilihat sempit. Inilah faktor yang menyebabkan berlaku 'pelan hidup' dimana ruang itu akan diperbesarkan dan akan mengecilkan ruang yang lain pula.


5. Tetapi semasa dinding telah dibina, keluasan asal yang dirasakan sempit sebenarnya sudah memadai kerana pelan yang telah direkabentuk telah melalui proses perancangan yang rapi dan melibatkan pihak arkitek atau pelukis pelan.

No comments:

Post a Comment