Saturday 12 October 2013

Pembinaan Stor dan Rumah Kongsi





Kontraktor telah memulakan kerja mendirikan stor dan juga rumah kongsi agar sebahagian daripada pekerja iaitu pekerja Indonesia boleh tinggal di tapak disamping mengawasi tapak dan bahan pembinaan seperti besi yang sangat terdedah kepada kecurian.

Pada 12 Okt 2013, pembinaan stor telah selesai.

Sebenarnya rumah ini bukan menggunakan modal kontraktor yang akan menguruskan semua hal pembinaan. Tetapi saya menganggap bahawa beliau adalah kontraktor yang akan menguruskan semua hal berkaitan pembinaan tetapi menggunakan modal permulaan daripada saya. Harga yang di kenakan adalah RM25 sekaki termasuk sewa dan minyak mesin mixer simen. Tukang adalah warga asing Indonesia.


Jadi saya terima khidmat beliau kerana tiada masa untuk menguruskan pembinaan rumah ini, walaupun ada sesetengah kepala tukang melayu yang mengenakan upah RM22 untuk rumah setingkat dan RM23 atau RM24 untuk rumah dua tingkat.



No comments:

Post a Comment