Saturday 5 October 2013

Sempadan Tanah Projek Pembinaan Rumah

Tanah di sekeliling kawasan pembinaan ini mempunyai banyak lot-lot lain dan sekiranya tidak dipastikan dengan betul, kesilapan lot sebenar mungkin boleh berlaku. Oleh itu langkah pertama, juruukur berdaftar telah dipanggil untuk mencari batu sempadan mengikut pelan yang sebenar. Oleh kerana tugasan luar ini dibuat oleh kawan2, mereka telah datang hujung minggu iaitu pada pagi jumaat 4 Oktober 2013.


Mereka telah lakukan kerja2 mencari batu sempadan lebih kurang 2 jam dan menjumpai kesemua 5 buah batu tanda sempadan. Mereka telah tandakan dengan menggunakan kayu. Kos yang dikenakan adalah RM300.

Akibat daripada kesilapan ini,

1. Sekiranya termasuk tanah lot lain, masalah yang sangat besar kerana rumah dibina atas tanah lain.

2. Sekiranya tersilap sedikit, rumah mungkin dibina kuran dari syarat 10 kaki daripada sempadan tanah dan sukar untuk dapat CF atau lama kelamaan jiran akan membuat laporan.


Tips;

1. Pastikan gunakan juruukur yang berdaftar.

2. Pelan besar juga penting untuk memastikan ketepatan lot tanah untuk tapak rumah.

No comments:

Post a Comment