Wednesday 2 October 2013

Penilaian Oleh JPPH Untuk Pembelian Tanah Melalui Pinjaman Perbendaharaan

1. Sebelum permohonan kelulusan pembelian tanah melalui pinjaman perbendaharaan, jabatan penilaian akan menilai tanah yang ingin dibeli. Proses ini memakan masa lebih kurang 1 minggu. 

2. Kebiasaanya penilaian harga tanah oleh JPPH adalah lebih rendah daripada nilai pasaran. Untuk itu wang beza perlu dijelaskan dan peguam yang dilantik akan menguruskan segala dokumen berkaitan.


3. Pihak SPPB akan memberikan kelulusan dalam masa 1 bulan dan proses gadaian tanah kepada kerajaan akan dilakukan dipejabat tanah yang akan diuruskan oleh peguam. 

4. Sekiranya pinjaman pembelian tanah di gunakan, pinjaman perumahan untuk membina rumah hanya boleh bermula selepas potongan bulanan dilakukan. Kebiasaanya dalam tempoh 3 bulan selepas gadaian selesai, potongan gaji oleh majikan keatas pinjaman tanah akan dilakukan.

Tips,

1. Pilihan boleh dilakukan oleh anda bagi mendapatkan tanah untuk membina rumah dengan pinjaman perumahan kerajaan. Syarat utama adalah tanah bebas dari sekatan, atas nama peminjam dan syarat tanah bukan pertanian.

2. Bagi yang ingin memberli tanah menggunakan pinjaman, pinjaman peribadi mungkin merupakan pilihan untuk membeli tanah. Jika kita membeli tanah dengan pinjaman peribadi atau dengan wang simpanan, permohonan pinjaman bina rumah boleh terus dilakukan.

3. Jika menggunakan pinjaman peribadi untuk membeli tanah, pastikan simpanan cukup dalam RM50K untuk duit permulaan membina rumah nanti.


No comments:

Post a Comment