Wednesday 2 October 2013

Permohonan Kelulusan Pembinaan Dengan Majlis Perbandaran

1. Pembinaan rumah perlu mendapat kelulusan majlis daerah atau majlis bandaraya sesuatu kawasan rumah ingin di bina.

2. Untuk mendapatkan kelulusan ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan yang paling utama adalah pelan yang telah ditandatangani oleh arkitek.

3. Pada masa yang sama, dengan pelan yang sama, permohonan daripada indahwater akan dibuat.

4. Tempoh kelulusan ini memakan masa 1 hingga 3 bulan untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

5. Terdapat bayaran proses untuk lebih kuran RM600 untuk proses ini.

6. Selepas diluluskan, Pihak MBKT akan;

  • Memberikan Surat kelulusan pembinaan
  • Menandatangani Pelan-pelan yang telah kita kemukakan untuk kelulusan
  • Papan Tanda Kelulusan Pembinaan (Untuk Ditampal Di Tapak Pembinaan)
7. Surat kelulusan pembinaan dan pelan yang telah di luluskan adalah penting yang mana dokumen ini akan dilampirkan bersama untuk permohonan pinjaman. Bagi permohonan pinjaman kerajaan, peguam yang telah dilantik akan membantu dan memberikan nasihat kepada anda untuk proses permohoanan pinjaman perbendaharaan.

Tips:

Semasa menunggu proses permohonan, kenalpasti penguam yang akan menguruskan pinjaman anda, pencarian kontraktor atau tukang yang sesuai perlu lebih agressif sekiranya masih mencari.

Sediakan dokumen yang diperlukan sementara mengunggu pelan diluluskan.


No comments:

Post a Comment