Thursday 26 September 2013

Pengenalan Bina Rumah

Assalamualaikum,


Blog ini akan menyusuri proses membina sebuah rumah. Diharapkan, selepas anda mengikuti blog ini, anda akan mendapat pengalaman mengurus pembinaan rumah sendiri seperti seorang kontraktor. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam membina rumah sendiri. Progress InsyaAllah akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan post dan gambar yang berkaitan.

1. Bermula dengan penjejakan tanah yang sesuai, pembelian tanah, tukar nama di pejabat tanah, urusan dengan peguam, pinjaman pembelian tanah dengan pinjaman kerajaan.

2. Pada masa yang sama layout rumah yang sudah sekian lama dibayangan boleh dizahirkan dengan menggunakan perkhidmatan pelukis pelan atau arkitek. Mereka akan melakarkan idea kita dan arkitek boleh mencadangkan pelan yang sesuai.

3. Setelah proses lukisan pelan ini selesai, kelulusan pembinaan perlu di pohon kepada Majlis Perbandaraan, Indah Water. Proses kelulusan ini memakan masa selama 2- 4 bulan.

4. Setelah proses kelulusan ini diperolehi dari Majlis Perbandaran, barulah permohonan pinjaman kerajaan boleh dipohon.

5. Pada masa yang sama kontraktor atau tukang yang sesuai boleh di kenalpasti yang akan membina rumah nanti.

Proses-proses secara detail akan dibincangkan pada post2 selanjutnya.



Diharapkan, apa yang disampaikan ini boleh dijadikan panduan kepada anda di luar sana. Sekian terima kasih.