- 13 Okt 2013, pekerja telah menjalankan kerja2 memotong dan membengkok besi untuk pad footing dan tiang stum. Kerja dilakukan secara tidak rasmi walaupun kelulusan pinjaman masih dalam proses kelulusan. Diharapkan segalanya berjalan lancar.
- Kelulusan melalui telefon sudah diperolehi dan menunggu pegawai di SBPP yang bercuti raya Aidiladha.
Urusan Meter Air SATU
- Tukang telah mencadangkan kontraktor air yang sesuai untuk urusan paip air ke tapak pembinaan. Kos yang dipersetujui adalah RM2600. Tempoh pemasangan adalah selama 1-2 minggu.
Tukang paip telah menyediakan paip dan peti surat. Wakil Syarikat Air akan datang untuk kelulusan dan akan memasang meter. Jarak dari meter adalah lebih kurang 50 meter dari tapak rumah.
Tangki air di dalam tapak rumah perlu disediakan untuk kelulusan meter air sementara.
Urusan Meter Elektrik TNB Sementara
- Bagi punca elektrik, meter kekal tidak boleh dipohon selagi rumah tidak siap. Salah satu cara yang lain adalah dengan menggunakan elektrik jiran-jiran bersebelahan dan bayar kepada jiran mengikut persetujuan.
- Atau meter elektrik sementara boleh dipohon kepada TNB. Kos yang terlibat adalah deposit RM1000 (akan dikembalikan), kos TNB RM600-RM700 (bergantung kepada tapak) dan upah kontraktor elektrik yang dilantik bergantung kepada persetujuan dimana mereka akan uruskan permohonan, pemyedian kabel dan lain dalam RM1000.
- Jika tiang yang terhampir agak jauh dari tapak pembinaan, TNB mensyaratkan untuk menyediakan tiang kayu yang bersesuai ke tapak pembinaan.
- Meter ini akan dipasang oleh TNB di tiang TNB yang terhampir. Dan tempoh pemasangan adalah selama 5-14 hari bekerja.
Jarak meter dengan tapak rumah adalah 50 meter. Meter sementara akan berada pada tiang yang terhampir dengan tapak rumah.
Box dan plug ini dipasang di dinding bangunan yang berhampiran atau pada stor.
Kelulusan Permohonan Pinjaman
- Alhamdulillah, berkat Aidiadha, pagi 17 Oktober 2013, semakan kepada portal SBPP dan status dari Kuari telah bertukar kepada Permohonan Baru. Ini bermaknya seksyen akaun telah mengesahkan maklumat pembayaran balik pinjaman tanah.
Selepas submit, Permohonan adalah permohonan baru.
Permohonan Di Kuari kerana Laporan penilaian masih belum di terima oleh SPPB
- Pada tengahhari hari yang sama, sekali lagi portal disemak dan status yang ditunggu2 telah dikemaskini iaitu LULUS dengan jumlah pinjaman yang dipohon.
Status telah bertukar kepada LULUS...
- Dengan ini, kerja2 pembinaan boleh dijalankan mengikut perancangan. Diharapkan surat kelulusan dan perjanjian diterima secepat mungkin supaya boleh membuat tuntutan awal untuk menampung kerja-kerja pembinaan yang telah bermula.
Bahan pembinaan iaitu batu dan pasir telah sampai di tapak pembinaan.
Oleh kerana projek ini di uruskan oleh kontraktor tanpa modal, beliau mempunyai projek lain dan kenal dengan pemilik rumah yang baru siap untuk membeli formwork terpakai. Kaedah ini boleh menjimatkan kos kerana bahan ini boleh digunakan beberapa kali.
Beliau mempunyai lori sendiri dan memudahkan urusan pengangkutan.
salam encik..nak tanye sikit tentang pinjaman jenis iv: beli tanah untuk tujuan membina rumah..bukan ke limitnya hanya untuk 10 thun iaitu 120 bulan, kenapa tempoh pinjaman encik 240 bulan?
ReplyDeleteWassalam najib baik, Tak salah saya, tempoh maksimum pinjaman tanah adalah sama dengan tempoh pinjaman untuk bina rumah atas tanah sendiri iaitu 360 bulan. Untuk lebih kepastian, boleh hubungi pihak Sppb. Terima kasih
Deletepohon berkongsi ilmu tuan tanah..
Deletemulai 01 januari 2011, tempoh untuk pinjaman tanah telah dinaikkan kepada 30 tahun...sebelum itu hanya 12 tahun.
tq pak teh.
Deletesalam encik..situasi sm dgn sy.. sy skrang tgh tggu kelulusan utk tukar nama tanah dan lps tu akn prosceed utk buat rumah.. luas rumah berapa? encik guna modal sendiri dulu ke utk buat rumah? ke dpt yg 10% yg bpp bg permulaan utk bina rumah?
ReplyDeleteWassalam, tahniah kepada puan yang akan memiliki rumah. Keluasan rumah ini 5000 kps. Ya saya guna modal sendiri. Permulaan untuk memastikan pembinaan rumah kita berjalan lancar sebaiknya kita ada modal 20%-30% dari bajet kos rumah kita dan bolleh terus mulakan pembinaan selepas kelulusan pinjaman. Dan cari kedai hardware yang boleh berikan kita hutang barang2 pembinaan sementara kita dapat claim. Lepas tu kita boleh claim ikut progress. tq
Delete