Friday, 20 December 2013

Pembinaan Week 9 (Penyediaan Ground Beam Part III, Isi Tanah Dalam Ground Beam, Isi Pasir Dalam Ground Beam, Pasang BRC dan Tulang BRC, Konkrit Ground Slab)

Pembinaan Week 9  (Penyediaan Ground Beam Part III, Isi Tanah Dalam Ground Beam, Isi Pasir Dalam Ground Beam, Pasang BRC dan Tulang BRC, Konkrit Ground Slab)

14 Dec 2013 (sabtu)
Kerja memasang formwork untuk beam,
Mengadakan perbincangan dengan tukang paip untuk tanam paip sebelum kambus pasir. (3 orang pekerja hari ini)

15 Dec 2013
Tukang paip memasang paip air buang. Tukang kayu mengetatkan beam untuk di konkrit esok. Cuaca hari ini panas. (3 orang pekerja hari ini)

Sebelah tengahari, kontraktor telefon dan Mira Hardware tidak lagi benarkan nilai hutang yang banyak. Setakat semalam hutang ada lebih kurang RM23K. Mira hardware nak RM15K sebelum boleh hantar paip dan besi BRC untuk lantai bawah. Saya terus call Mira dan minta kepastian, dan rupanya pekerja sekarang hendak berhenti dan taukeh akan ambil alih. Jadi segala hutang perlu dijelaskan. Bincang punya bincang, boleh bayar RM12K dulu. Claim belum dapat lagi, terus cari duit pada banker2 yang ada untuk bayar esok.

20 lori pasir telah tiba hari ini untuk digunakan bagi memenuhkan beam 3 kaki. RM200 untuk satu lori. Juga 2 lori batu sedang.

Pemasangan paip dan bermula oleh tukang paip.

16 Dec 2013

Yang bagusnya, kedai mira ni buka awal pagi. Terus bayar RM12K dan order paip2, 50 keping besi BRC dan plastic untuk lapik konkrit lantai.

Konkrit baki beam selesai dengan Ready Mix 1 lori (6 meter ready mix). Tidak menggunakan crain, konkrit di tuang ke dalam beam menggunakan backhoe. Rupanya tak cukup konkrit 6 meter. Jadi esok mereka akan konkrit baki beam dengan bancuh sendiri.


17 Dec 2013
Alhamdulillah siap juga konkrit beam. Jadi semua beam bawah telah selesai. 6 orang pekerja hari ini yang bekerja.

18 Dec 2013
BackHoe/Case akan memasukkan tanah 1 kaki, pasir hampir 2 kaki dan batu kasar lapisan atas kedalam beam. Case hanya Berjaya 1 per 3 dari kesemua tapak, kawasan tanah lembik dan beam yang dalam iaitu 3 kaki. Pekerja siapkan besi untuk tiang bawah dan beam atas.


19 Dec 2013

Pekerja diarahkan cuti sebab masih belum siap kambus.
Panggil backhoe lain kerja satu hari untuk kambus(RM380). Masih juga belum siap. Sanggup case tu datang walaupun hujan dan tanah becak. OK lah asal berjalan sikit kerja.
Gaji mingu ini RM1600
Case – 200 + 800 ;

20 Dec 2013 (Jumaat)
Case yang biasa buat tapak rumah ini telah datang dan menyiapkan semua lubang beam dan kambus siap. Untuk kambus sahaja kos ialah RM1430. Betapa susahnya untuk menjalankan kerja di tapak ini dalam keadaan hujan.

Kesimpulannya Penyediaan Groud Beam.

1.     Mengambil masa 2 Minggu setengah kerana Beam TInggi 3 kaki dan saiz 6 inch.
2.     Ready Mix sebanyak 28 meter.
3.     Selebihnya site mix.
4.     Besi yang banyak dalam 2 tan anggaran.
5.     Kambus tanah dan pasir selama 3 hari bari siap.

6.     Semua kerja adalah dalam musim tengkujuh, hujan lebat dan kawasan tapak becak.

7 comments:

  1. :: apa perkembangan projek ni? dh siap??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini pemasangan atap dan plaster dinding sedang berjalan, tq

      Delete
    2. teruskan dengan post-post yg selanjutnya tuan...
      terima kasih.

      Delete
    3. Maaf, kesibukan tugas menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate. InsyaAllah saya cuba untuk update. Progress sekarang sudah siap 100% dan sudah pindah. Tq

      Delete
  2. xder vgmber ke week 9?nk tgk gak gmbar brc untuk lantai..plastik ade letak x?elok untuk elak mendapan air..kntraktor sy dl, brc pn x bubuh..terus isi simen atas pasir yang ditambun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plastic biru ada diletakkan bawah BRC dan besi Y10 sebagai tulang. InsyaAllah saya akan masukkan gambar. Tq

      Delete