Friday 6 December 2013

Pembinaan Week 7 : Penyediaan Ground Beam Part I

Pembinaan Week 7  : Penyediaan Ground Beam Part I

30 Nov (sabtu), Bermula minggu ini, kerja-kerja adalah tertumpu kepada menyiapkan besi dan formwork untuk ground beam. Beam ini size 3 kaki. Tukang akan buatkan 3 kaki dan akan gunakan ready mix dan crain untuk melancarkan kerja2 beam. Besi ground beam akan dipasang secara keseluruhan, tetapi kayu formwork akan dipasang dalam 3 per 4 bahagian kerana nak jimat form work. Konkrit beam akan dibahagian kepada 2 fasa. Fasa kedua yang sikit akan konkrit guna site mix (bancuh mesin).

concrete lean untuk mudah pasang formwork ground beam


formwork dan besi untuk ground beam




Sebelah petang telah pergi ke Aik hoe untuk survey harga atap monier contour yang murah iaitu RM1.90 sekeping. Akan datang semula untuk order dan bayar walaupun nak guna lagi 3 bulan supaya dapat harga murah.

1 Dec 2013 , Pihak lawyer telah menghantar borang claim kepada bahagian penilaian harta kuala Terengganu.

1-5  Dec 2013, Kerja2 agak perlahan kerana hujan yang sangat lebat. Ini adalah minggu dimana banjir besar telah berlaku di kemaman dan kuantan. Oleh kerana pekerja tinggal di rumah kongsi, bila hujan reda mereka akan turun untuk memasang besi-besi beam.  Pemasangan besi beam boleh dikira selesai minggu ini sebelum dibuat formwork pula pada minggu hadapan.

5 Dec 2013 (Khamis), Bayar upah minggu ke 7 adalah sebanyak RM1450 kerana hujan dan kurang pekerja.


Bayar Case RM 600 (RM300 kambus lubang terakhir  dan RM 300 untuk meratakan tanah yang  telah di tambun pada awal oktober 2013 dahulu)

No comments:

Post a Comment