Friday 13 December 2013

Pembinaan Week 8 : Penyediaan Ground Beam Part II

Pembinaan Week 8 : Penyediaan Ground Beam Part II

7 Dec (Sabtu), Seorang Tukang Melayu yang berpengalaman telah datang untuk membantu buat formwork beam. Sembang dengan beliau dan dia berpuas hati dengan kerja2 tapak yang telah dibuat. Menurut beliau, pemasangan mengambil masa lama kerana saiz beam 3 kaki agak sukar dan jarang dibuat ditambah lagi dengan keaadaan tanah yang becak akibat hujan lepas minggu lepas.

8 Dec (Ahad), Kerja  pemasangan formwork masih berjalan dengan tambahan seorang lagi tukang melayu. Cuaca yang sangat baik hari ini selepas hampir seminggu hujan sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan pada minggu lepas.

Tambahan kayu 1x2 dan kayu untuk buat T  slab telah tiba. Besi Y12 1 tan telah tiba untuk tiang .

9 Dec (Isnin) , Pihak penilaian telah selesai membuat penilaian untuk progress 20%. Kerja formwork masih berjalan, hujan sekejap-sekejap menyebabkan kerja agak slow pada hari ini.

10 Dec (selasa), Kerja konkrit beam ditangguhkan sehingga esok kerana kotak formwork masih belum selesai sepenuhnya. Bayar hutang ready mix tapak sebanyak RM3K.

11 Dec (Rabu), Jam 2 Petang hingga Jam 8 malam kerja-kerja menuang konkrit kedalam beam selesai untuk beam yang telah disediakan formwork iaitu hampir 3 per 4 jumlah keseluruhan beam. Sebanyak 22 meter ready mix dan menggunakan sewa craine sehari sebayak RM 550. Formwork bahagian belakang akan dibawa kedepan untuk beam bahagian depan pula.








12 Dec (Khamis), Upah hari ini adalah RM3200 kerana tambahan 2 tukang melayu dan tambahan pekerja Indonesia. Hasilnya formwork untuk 3 per 4 beam siap dan dapat di konkrit.

Kerja-kerja memasang formwork untuk baki 1 per 4 beam diteruskan hari ini.

No comments:

Post a Comment