Saturday 30 November 2013

Pembinaan Week 6 : Penyediaan Tapak Part VI

Pembinaan Week 6  : Penyediaan Tapak Part VI


23 November (Sabtu), Kontaktor dan saya telah mengadakan pertemuan seawal pagi untuk membincangan perancangan seterusnya. Pekerja menyiapkan besi untuk tapak bagi 8 batang tiang bahagian belakang. Kali ini tapak tidak akan menggunakan ready mix.

pad footing dan tiang stump yang digali semula


pad footing dan tiang stump yang baru


24 Nov (ahad), Tapak dan tiang telah dipasang didalam lubang yang digali. Dan kedudukan yang betul telah disemak beberapa kali.


25 Nov (isnin), Kontraktor, tukang dan tuan rumah telah bersetuju bahawa 8 tapak ini tidak menggunakan ready mix dan akan dibancuh gunakan mesin mixer kerana lori sukar untuk kebahagian belakang dan jalan yang lembik akibat hujan disamping menjimatkan kos.

26 Nov (selasa), Semua tapak dan 3 batang tiang siap dikonkrit.

27 Nov (Rabu), Semua tiang stump bahagian belakang siap dikonkrit.



28 Nov (Khamis), Pada hari ini juga gaji tukang dibayar sebanyak RM1850 telah dibayar kerana hanya 4 orang pekerja kurang mahir sahaja yang bekerja untuk minggu ke 6.

Backhoe juga telah datang untuk kambus tanah bagi tapak bahagian belakang.



Alhamdulillah selesai keseluruhan tapak bagi rumah ini. In juga bermakna progress sudah 20%. Dan pihak lawyer akan hantar borang claim yang telah ditandatangani dahulu.



Kesimpulannya Pembinaan Tapak.

1.     Mengambil masa 6 Minggu.
2.     Case telah datang sebanyak 5 kali untuk gali dan kambus sedalam 5 kaki dan saiz kotak yang besar.
3.     Ready Mix sebanyak 42 meter
4.     Besi yang banyak dalam 5 tan anggaran.


 Keyword : Pembinaan Week 6

Friday 22 November 2013

Pembinaan Week 5 : Penyediaan Tapak Part V

16 November 2013 (sabtu). Tiang-tiang telah dinaikkan dan kotak tiang stump 4 batang dah siap.

Semasa proses ingin menyediakan besi beam, tukang telah tersedar bahawa 8 tiang yang paling belakang telah tersalah kedudukan lebih tiga kaki ke belakang, jadi rumah menjadi besar dan akan makan reserve 10 kaki dengan sempadan tanah.

Setelah berbincang panjang lebar dengan tukang, mereka bersetuju untuk membina tapak dan tiang baru mengikut pelan asal. Upah akan ditanggung oleh kontraktor dan bahan binaan tuan rumah akan tanggung. Dan upah sampingan untuk akan datang seperti buat pagar dan lain-lain kontaktor akan kira murah sikit nak tampung kerugian bahan.

Proses ini berlaku sedemikian adalah kerana tukang telah tersalah pasang tapak dan tiang belakang guna tali yang paling belakang untuk tandakan beranda tingkat atas. Sepatuntya tiang dan tapak berada pada kedudukan tali ke dua akhir.



17 November (Ahad). Konkrit pad footing dan tiang 4 batang bahagian hadapan siap. (4 Meter Ready Mix)


18 November (Isnin), Hujan agak lebat dan kerja-kerja menyiapkan besi beam dan formwork kotak beam agak perlahan.

19 November (Selasa), Kerja-kerja menyiapkan besi beam dan kotak formwork masih berterusan. Esok backhoe akan kambus tiang 4 batang dan akan gali semula 8 batang tiang barisan yang paling belakang.


20 November (Rabu), Backhoe telah datang dan menyiapkan kerja tambun lubang  bahagian depan dan korek balik lubang bahagian belakang. Dan Hujan lebat dan guruh berdentum.



21 November (Khamis). Gaji upah minggu kelima telah dibayar RM2500. Hari ni tidak kerja kerana hujan lebat.

Saturday 16 November 2013

Pembinaan Week 4 : Penyediaan Tapak Part IV



9 November (Sabtu). Lubang baru bagi baki tiang sebanyak 12 batang telah digali pada hari ini.  Kerja menyiapkan kotak pad footing giat dijalankan pada hari ini.


10 November (Ahad). Sebelah pagi hujan agak lebat dan pada sebelah petang kerja-kerja menyiapkan kotak pad footing terus giat dijalankan.


11 November (isnin). Pada sebelah pagi sebanyak 10 meter ready mix telah dihantar untuk kali ini bagi 12 pad footing. Petangnya kerja membuat kotak tiang stump dan konkrit telah selesai dijalankan.


12 November (selasa). Bila hujan agak reda baru kerja boleh dimulakan. Hanya sempat untuk buka kotak Stump. Sediakan formwork dan besi untuk beam.

13 November (rabu). Sediakan besi beam.


14 November (khamis). Bayar tukang minggu keempat.


15 November (jumaat). Backhoe datang untuk gali 4 batang tiang lagi dibahagian hadapan.

Friday 8 November 2013

Pembinaan Week 3 : Penyediaan Tapak Part III


Ready Mix Concrete

2 November (sabtu), Pada sebelah pagi tukang telah bertungkus lumus menyiapkan pad footing dan tiang stump kerana Lori Ready Mix concrete akan sampai pada sebelah petang.

Pada sebelah petang, 3 trip ready mix telah memenuhkan pad footing sebanyak 14 meter dengan kos hampir RM3K. Ready mix telah dituang kedalam pad footing fasa pertama sebanyak 14 meter. 1meter berharga RM205.

Pad footing yang telah siap konkrit ready mix,





3 November, Oleh kerana menggunakan ready mix, keesokan harinya tapak-tapak tersebut telah mengeras dan tukang telah memasang kotak-kotak untuk tiang stump dan selesai masukkan concrete dengan ketinggian lebih kurang 4 kaki kedalam semua 18 tiang stump.

tiang stump yang dah di konkrit.




4 November, Baki lubang pad footing telah di gali oleh mesin case dan pada petangnya dan kotak-kotak tiang dibuka untuk dikambus semula tanah dalam lubang-lubang yang telah siap konkrit pad footing dan tiang stump.

lubang yang telah siap konkrit pad footing dan tiang stump fasa 1 telah dikambus.

lubang untuk pad footing fasa 2 telah digali dan lean concrete.


Diharapkan proses yang sama dapat diasipkan dalam masa seminggu untuk lubang-lubang yang baru digali sekiranya cuaca mengizinkan.


5 November, Hujan yang lebat pada sebelah malam telah menyebabkan lubang yang baru digali dipenuhi air. Mesin untuk menyedut air keluar telah digunakan agar mudah untuk memasukkan lean concrete pada dasar tapak.

Namun selepas air berjaya dikeluarkan, hujan lebat sepanjang hari. Kena tengok cuaca esok untuk teruskan kerja-kerja pembinaan tapak.


Meter Elektrik

Pihak TNB telah memasang meter sementara pada hari ini. Selepas 2 minggu permohonan dibuat.


Status Pinjaman Aktif

6 November, Semak secara online dan status pinjaman daripada lulus menjadi Aktif. Ini bermakna segala dokumen perjanjian telah selesai dan boleh claim 10%. Tapi projek ini mempunyai wang beza dan claim hanya boleh dibuat selepas 20% iaitu selesai pertapakan asas.

6 November, Tapak yang digali untuk fasa 2 telah siap lean concrete. Pada hari ini Pad footing dan Tiang stump telah Berjaya disiapkan sebanyak 14 batang. Pekerja bekerja sepanjang hari sehingga maghrib untuk mengejar cuaca yang baik dan dapat di konkrit pada keesokan paginya.


7 November, Ready mix sebanyak 14 Meter lagi telah di hantar ke site untuk pad footing bagi 14 batang tiang.


8 November (Jumaat), Kotak-kotak tiang stump telah didirikan pada sebelah pagi dan konkrit pada sebelah petang..

Friday 1 November 2013

Pembinaan Week 2 : Penyediaan Tapak Part II

Pembinaan Week 2 (Penyediaan tapak part III)


26 October (Sabtu), Kerja-kerja pada footing fasa pertama masih diteruskan.


27 Oktober, Surat kelulusan telah diterima pada hari ini. Surat setuju terima berbaki 5 hari lagi untuk dikembalikan mengikut tempoh 14 hari yang diberikan. Oleh kerana esok bercuti, semua urusan akan diselesaikan.

Surat kelulusan yang diterima dari SPPB


28 Oktober, Hari ini telah bercuti kerana beberapa perkara perlu dibereskan.


  • Sebelah pagi telah ke pejabat untuk mendapatkan tandatangan majikan dan terus pos laju surat setuju terima.
  •  Di sebelah tengahari, minta arkitek mengadakan lawatan tapak, kontraktor dan tukang juga ada bersama. Arkitek telah menberikan penjelasan yang terpeinci kepada tukang spesifikasi dan rekabentuk bagi rumah ini.
  • Di sebelah petangnya, urusan bersama wakil lawyer di adakan dipejabat tanah untuk menyelesaikan urusan gadaian harta kepada kerajaan Malaysia. Beberapa dokumen perjanjian juga ditandatangani. Borang-borang claim mengikut progress juga telah ditandatangani awal supaya nanti senang apabila progress pembinaan selesai, lawyer akan terus claim kerana sijil kontraktor yang digunakan untuk pembinaan ini dari firma yang sama. Wakil lawyer juga telah memberikan invois fees sebanyak RM4K.

Arkitek dan Kontraktor sedang berbincang


Contoh surat tuntutan dari kontraktor, Untuk mudah terus tandatangan 7 keping untuk kesuma progress. Kontraktor akan buat tuntutan apabila tiba masanya.

Peratus pecahan progress kerja untuk tuntutan





29 Oktober, Diberitakan  penyediaan pad footing masih lagi diteruskan mengikut spesifikasi jurutera mengikut pelan. Kerana tukang telah buat bentuk lain . Walau pun bakul dibuat dua lapis dan jarak tidak ikut spek, kekuatan adalah kurang. Spek memerlukan bakul biasa dengan jarak 100mm mengikut saiz pad footing yang berbeza2 mengikut beban.

Sepatutnya mesin bancuh simen akan sampai pada hari ini, tetapi lori kren menghadapi masalah dan mungkin sampai keesokan harinya untuk membuat lean concrete pada tapak pad footing yang telah digali.
Baiki bakul pad footing mengikut pelan RC

Lean Konkrit

30 Oktober, Lean concrete  telah disiapkan pada hari ini untuk footing fasa pertama. Tujuan untuk memastikan tanah tidak terkena besi pad footing.

Beginilah keadaan buat kerja musim tengkujuh, hujan lebat lubang akan dipenuhi air.

Sebelum boleh buat lean concrete, air kena sedur dengan pum dulu.



oleh kerana di gali 5 kaki, dan saiz kotak pad footing besar, kedudukan tiang adalah sangat hampir. Jadi terpaksa gali lubang 3 lubang besar untuk fasa 1.

lubang yang telah disedut air dan dah lean concrete.

Lubang ini akan memuatkan 9 batang tiang stump.




Pad Footing dan Tiang Stump

31  November 2013, Sebanyak 18 Kotak besi pad footing dan besi tiang stump dipasang dan ditegakkan yang hampir satu pertoga dari keseluruhan tiang yang ada bagi rumah ini. Selepas tiang-tiang ini ditegakkan 2 tiang nampak ganjil kerana sangat besar. Dari penamatan memang kesalahan telah dilakukan oleh engineer yang melukis pelan RC.

Pada petang itu, terus menghubungi engginer untuk ke tapak dan perbicangan. Hasilnya, tiang-tiang tersebut tersalah label. Ni mesti sebab copy and paste, nasib baik tersalah besar, kalau tersalah kecil bermasalahlah struktur rumah nanti.

ini tiang yang besar sepatutnya untuk parking kereta. Tapi Enggineer telah salah lebel. Tukang buat ajer seperti dalam pelan. Nasib perasan dan nampak tak logik.


Kesesokan harinya tukang juga bersetuju untuk menukar saiz tiang-tiang stump yang tersalah besar.

Proses penyediaan pad footing ini mungkin melalui 3 fasa. Keadaan ini berlaku sedemikian adalah kerana setelah berbincang kedudukan tiang, saiz tiang yang berbeza, saiz tapak pad footing yang berbeza dan kedalaman tiang adalah 5 kaki untuk rumah dua tingkat.

Jika mengikut tukang, tiang dan saiz pad footing akan dibuat sama sahaja saiznya untuk memudahkan kerja, menjimatkan masa dan hanya akan digali sedalam 2-3 kaki sahaja. Oleh kerana keadaan tanah yang agak berpaya, pelan RC dari jurutera perlu diikuti supaya tapak adalah kuat untuk jangka masa panjang.


pad footing dan tiang stump.

kena buat kotak supaya konkrit yang dituang nanti tidak mengalir keluar.

memang kena gali lubang besar sebab pad footing rapat-rapat.

pekerja sedang memasang tiang stump.



Hasilnya jika penggalian dibuat sekali gus;

  • Penggalian memakan masa lebih dari satu hari
  • hampir kesemua tapak rumah akan digali sedalam 5 kaki dan tiada tempat untuk meletakkan tanah yang banyak.
  • Penggunaan kren akan diperlukan kerana menggunakan ready mix dan kedudukan tiang yang berjauhan.
  • Kotak2 pad footing akan digunakan dengan banyak untuk keseluruhan tiang.
Kebaikannya;

  • Tanah tidak digali pada satu masa dan mempunyai ruang untuk menimbun tanah yang digali.
  • Pad footing yang terlalu hampir telah dicamtumkan dalam pad footing yang sama (menjadikan pada footing lebih besar dan lebih kuat)