Saturday, 12 October 2013

Urusan Dengan Kedai Hardware


Pada hari sabtu 12 Okt 2013, tukang telah memperkenalkan saya dengan owner hardware yang akan berurusan nanti. Tukang telah biasa berurusan dengan hardware ini dan ini faktor penting untuk melancarkan perjalan urusan penghantaran barang pembinaan nanti.

Disamping itu, hardware ini juga membenarkan jumlah pembayaran kredit sehingga claim yang pertama dengan syarat meletakkan jumlah pendahuluan untuk buka akaun sebanyak RM10K.

Pada masa yang sama tukang terus membuat tempahan besi untuk kerja-kerja pad footing dan tiang stum.

Untuk kali ini, besi yang digunakan adalah;
1 Tan besi Y12
1 Tan besi Y16
200 Batang besi
5 Gulung Dawai


2 comments:

  1. salam sy nak Tanya.. untuk pembelian awal besi dan kayu formwork, brape rm modal y keluar.? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saya berikan deposit RM10K sebagai permulaan. Bergantung kepada saiz rumah yang ingin kita bina. 1 tan besi dalam RM2450, semin 1 beg RM19.

      Delete