1. InsyaAllah, mengikut kelayakan dan syarat yang telah digariskan, kemudahan pinjaman oleh kakitangan kerajaan tiada masalah dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk diluluskan.
2. Peguam yang baru telah dilantik untuk urusan ini kerana peguam yang sebelum ini telah mengenakan fees yang sangat mahal. Peguam yang baru dilantik ini mengenakan fees RM4 K juga walaupun nilai pinjaman yang lebih tinggi daripada pinjaman tanah dahulu.
3. Peguam akan menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Lesen kontraktor telah dapat dengan bantuan peguam yang mana urusan pembayaran akan menjadi lebih mudah. Kos lesen kontrakor adalah sebanyak RM1.5 K.
4. Setelah semua syarat dan dokumen disediakan, permohonan secara online telah dilakukan. Pada masa yang sama dokumen perlu dicetak dan difotocopy dan dihantar kepada pejabat perbendaharaan di Putrajaya.
5. Sekarang proses menunggu dan pada masa yang sama tukang telah bersedia untuk memulakan kerja-kerja pembinaan. Sebelum pinjaman diluluskan, pembinaan tidak boleh dilakukan di tapak.
6. Seperti biasa bahagian penilaian akan menilai jumlah pinjaman sesuai dengan keluasan rumah yang ingin dibina.
No comments:
Post a Comment