Tuesday, 1 October 2013

Tanah Untuk Dijadikan Tapak Rumah




1. Pemilihan tapak rumah sangat penting. Namun faktor pemilihan tanah adalah berbeza bergantung kepada setiap individu. Kebiasaanya harga tanah dikawasan bandar adalah lebih mahal berbanding di kawalan luar bandar.

2. Tanah yang ingin di dijadikan tapak rumah perlulah di tukar nama segera sama ada ianya tanah pusaka atau di beli daripada penjual.

3. Tanah boleh dibeli dengan simpanan, pinjaman bank atau pinjaman perbendaharaan.

4. Tanah yang ingin dibeli dengan perbendaharaan perlu melalui peguam. Peguam akan menguruskan segala proses mengikut peraturan semasa.

5. Keluasan yang sesuai tanah bagi sebuah banglow adalah lebih kurang 500 m sq bergantung keluasan rumah yang ingin dikehendaki. Jika tanah tersebut corner lot, syarat reserve adalah 20 kaki di tepi dan hadapan jalan. Jika lot tengah hanya 20 kaki sahaja dibahagian depan perlu reserve.

Tips :

1. Tanah yang ingin dijual boleh survey dengan jiran atau penjual di kedai yang berhampiran. Sebolehnya elakkan membeli daripada broker yang sememangnya akan meraih komisyen atau keuntungan.


2. Ukuran tanah penting yang akan menetukan design tapak rumah anda. Jika tanah anda memanjang maka design rumah anda juga akan memanjang ke belakang atau ketepi.

No comments:

Post a Comment