Pembinaan Week 9 (Penyediaan
Ground Beam Part III, Isi Tanah Dalam Ground Beam, Isi Pasir Dalam Ground Beam,
Pasang BRC dan Tulang BRC, Konkrit Ground Slab)
14 Dec 2013 (sabtu)
Kerja memasang formwork untuk beam,
Mengadakan perbincangan dengan tukang paip untuk tanam paip
sebelum kambus pasir. (3 orang pekerja hari ini)
15 Dec 2013
Tukang paip memasang paip air buang. Tukang kayu mengetatkan
beam untuk di konkrit esok. Cuaca hari ini panas. (3 orang pekerja hari ini)
Sebelah tengahari, kontraktor telefon dan Mira Hardware
tidak lagi benarkan nilai hutang yang banyak. Setakat semalam hutang ada lebih
kurang RM23K. Mira hardware nak RM15K sebelum boleh hantar paip dan besi BRC
untuk lantai bawah. Saya terus call Mira dan minta kepastian, dan rupanya
pekerja sekarang hendak berhenti dan taukeh akan ambil alih. Jadi segala hutang
perlu dijelaskan. Bincang punya bincang, boleh bayar RM12K dulu. Claim belum
dapat lagi, terus cari duit pada banker2 yang ada untuk bayar esok.
20 lori pasir telah tiba hari ini untuk digunakan bagi
memenuhkan beam 3 kaki. RM200 untuk satu lori. Juga 2 lori batu sedang.
Pemasangan paip dan bermula oleh tukang paip.
16 Dec 2013
Yang bagusnya, kedai mira ni buka awal pagi. Terus bayar
RM12K dan order paip2, 50 keping besi BRC dan plastic untuk lapik konkrit
lantai.
Konkrit baki beam selesai dengan Ready Mix 1 lori (6 meter ready mix). Tidak menggunakan
crain, konkrit di tuang ke dalam beam menggunakan backhoe. Rupanya tak cukup
konkrit 6 meter. Jadi esok mereka akan konkrit baki beam dengan bancuh sendiri.
17 Dec 2013
Alhamdulillah siap juga konkrit beam. Jadi semua beam bawah
telah selesai. 6 orang pekerja hari ini yang bekerja.
18 Dec 2013
BackHoe/Case akan memasukkan tanah 1 kaki, pasir hampir 2
kaki dan batu kasar lapisan atas kedalam beam. Case hanya Berjaya 1 per 3 dari
kesemua tapak, kawasan tanah lembik dan beam yang dalam iaitu 3 kaki. Pekerja
siapkan besi untuk tiang bawah dan beam atas.
19 Dec 2013
Pekerja diarahkan cuti sebab masih belum siap kambus.
Panggil backhoe lain kerja satu hari untuk kambus(RM380).
Masih juga belum siap. Sanggup case tu datang walaupun hujan dan tanah becak.
OK lah asal berjalan sikit kerja.
Gaji mingu ini RM1600
Case – 200 + 800 ;
20 Dec 2013 (Jumaat)
Case yang biasa buat tapak rumah ini telah datang dan
menyiapkan semua lubang beam dan kambus siap. Untuk kambus sahaja kos ialah
RM1430. Betapa susahnya untuk menjalankan kerja di tapak ini dalam keadaan
hujan.
Kesimpulannya Penyediaan Groud Beam.
1.
Mengambil masa 2 Minggu setengah kerana Beam
TInggi 3 kaki dan saiz 6 inch.
2.
Ready Mix sebanyak 28 meter.
3.
Selebihnya
site mix.
4.
Besi yang banyak dalam 2 tan anggaran.
5.
Kambus tanah dan pasir selama 3 hari bari siap.
6.
Semua kerja adalah dalam musim tengkujuh, hujan
lebat dan kawasan tapak becak.