Friday, 25 October 2013

Pembinaan Week 1 : Penyediaan Tapak Part I

Penyediaan tapak part II

Kayu dari projek sebelumnya boleh digunakan.. 


besi tapak yang telah dibuat di tempat lain, dihantar ke tapak pembinaan (namun tapak ni tidak mengikut spek)


besi Y12 dan Y16 telah dihantar ke tapak pembinaan.


Lagi kayu2 dari projek sebelumnya dibeli untuk penyediaan tapak.








pasir dan batu telah dihantar ke tapak.





















Urusan dengan kedai bahan2 pembinaan.

19 Okt 2013Pekerja terus menjalankan kerja2 menyediakan tapak dengan memotong dan membengkok besi untuk pad footing dan tiang stum.

Paip juga telah disediakan oleh tukang paip pada hari ini. Tunggu Syarikat Air Terengganu (SATU) untuk memasang meter pada minggu ini.

Cuti hujung minggu hari sabtu digunakan sepenuhnya untuk urusan ke kedai bahan-bahan binaan yang diperlukan pada peringkat permulaan ini. Tukang telah memperkenalkan dengan bos-bos kedai yang terlibat yang mana ianya antara yang termurah dan mudah untuk berurusan. Kedai-kedai yang terlibat adalah

i.                Stor Kayu – Kayu 1x 2 yang panjang telah dibeli sebanyak 1 tan dengan harga lebih kurang RM1K untuk membuat side rail. Deposit juga sebanyak RM3K telah di tinggalkan ke kedai ini supaya urusan penghantaran kayu mudah hanya melalui telefon sahaja.
ii.              Ready Mix Concreate – telah berjumpa bos untuk urusan penghantaran bila diperlukan oleh tukang. Deposit diperlukan sebanyak RM3K untuk penghantaran ready mix concreate bagi penyediaan tapak.
iii.             Kedai Frame Pintu -  Telah berjumpa dengan pemilik kedai dan beliau bersetuju. Perlu datang semula pada sabtu minggu hadapan untuk memberikan ukuran dan bilangan pintu mengikut saiz.
iv.             Batu Bata – telah survey kilang batu bata merah dengan harga 42 sen. Diaggarkan sebanyak 30000 biji diperlukan apabila tiba masanya nanti. Untuk batu bata urusan pembayaran cash sahaja diterima.
v.              Kedai Frame Tingkap Alluminium – telah ke kedai ini tapi tidak dapat berjumpa dengan tuan kedai, hanya bercakap melalui telefon. Akan dikunjungi lagi sabtu minggu hadapan untuk memberikan saiz dan bilangan tingkap serta harga. Lebih kurang RM20K kos tingkap.




Meter Air Siap

20 Oktober 2013, Pulang dari kerja hari ini, tukang elektrik telah menyediakan alat2 untuk meter TNB sementara di tiang elektrik berhampiran. Stor bagi barang dan rumah kongsi yang akan diduduki oleh pekerja Indonesia juga telah siap sepenuhnya pada esok hari.

Sebelum meter sementara TNB diluluskan dan dipasang, elektrik akan diambil dari rumah jiran yang berhampiran.

Meter air masih belum dipasang oleh SATU. Tukang maklumkan bahawa esok dimulakan kerja penyediaan side rail.




Penyediaan Side Rail



21 Oktober 2013, Dapat berita dari kontraktor bahawa tukang melayu sedang menyediakan side rail dan menjelang tengahari kerap menghubuingi saya untuk confirm permintaan saya untuk tidak ada tiang pada tangga.

Oleh kerana tidak berani memberikan kata putus, engineer pulak masih belum menyiapkan editing struktur baru.


22 Oktober, Selepas pelan struktur baru diterima pagi ini, beberapa bahagian tapak asas telah berubah saiz kerana menghalihkan satu tiang yang berada di hujung tangga.

Tukang telah memperbetulkan semula benang side rail.


Penggalian Tapak




23 Oktober, Pada sebelah petang, case telah menggali  1/3 lubang-lubang sedalam 5 kaki. Dan tukang menyiapkan kotak pad footing dan tuangkan ready mix concrite pada hari ahad. Arkitek akan melawat tapak bagi memastikan pematuhan spesifikasi dilakukan.





24 Oktober (Khamis)

Penyediaan kotak pad footing fasa.
Bayaran gaji minggu pertama sebanyak RM2500.

Friday, 18 October 2013

Pembinaan Week 0 : Penyediaan Besi, Penyediaan Tapak, Urusan Meter Air Sementara, Urusan Meter TNB Sementara, Kelulusan Permohonan Pinjaman


Penyediaan Tapak Part 1
  • 13 Okt 2013, pekerja telah menjalankan kerja2 memotong dan membengkok besi untuk pad footing dan tiang stum. Kerja dilakukan secara tidak rasmi walaupun kelulusan pinjaman masih dalam proses kelulusan. Diharapkan segalanya berjalan lancar.

  • Kelulusan melalui telefon sudah diperolehi dan menunggu pegawai di SBPP yang bercuti raya Aidiladha.








Urusan Meter Air SATU

  • Tukang telah mencadangkan kontraktor air yang sesuai untuk urusan paip air ke tapak pembinaan. Kos yang dipersetujui adalah RM2600. Tempoh pemasangan adalah selama 1-2 minggu.

Tukang paip telah menyediakan paip dan peti surat. Wakil Syarikat Air akan datang untuk kelulusan dan akan memasang meter. Jarak dari meter adalah lebih kurang 50 meter dari tapak rumah.

Tangki air di dalam tapak rumah perlu disediakan untuk kelulusan meter air sementara.


Urusan Meter Elektrik  TNB Sementara

  • Bagi punca elektrik, meter kekal tidak boleh dipohon selagi rumah tidak siap. Salah satu cara yang lain adalah dengan menggunakan elektrik jiran-jiran bersebelahan dan bayar kepada jiran mengikut persetujuan.


  • Atau meter elektrik sementara boleh dipohon kepada TNB. Kos yang terlibat adalah deposit RM1000 (akan dikembalikan), kos TNB RM600-RM700 (bergantung kepada tapak) dan upah kontraktor elektrik yang dilantik bergantung kepada persetujuan dimana mereka akan uruskan permohonan, pemyedian kabel dan lain dalam RM1000.


  • Jika tiang yang terhampir agak jauh dari tapak pembinaan, TNB mensyaratkan untuk menyediakan tiang kayu yang bersesuai ke tapak pembinaan.


  • Meter ini akan dipasang oleh TNB di tiang TNB yang terhampir.  Dan tempoh pemasangan adalah selama 5-14 hari bekerja.
Jarak meter dengan tapak rumah adalah 50 meter. Meter sementara akan berada pada tiang yang terhampir dengan tapak rumah.


Box dan plug ini dipasang di dinding bangunan yang berhampiran atau pada stor. 





Kelulusan Permohonan Pinjaman

  • Alhamdulillah, berkat Aidiadha, pagi 17 Oktober 2013, semakan kepada portal SBPP dan status dari Kuari telah bertukar kepada Permohonan Baru. Ini bermaknya seksyen akaun telah mengesahkan maklumat pembayaran balik pinjaman tanah.

Selepas submit, Permohonan adalah permohonan baru.


Permohonan Di Kuari kerana Laporan penilaian masih belum di terima oleh SPPB




  • Pada tengahhari hari yang sama, sekali lagi portal disemak dan status yang ditunggu2 telah dikemaskini iaitu LULUS dengan jumlah pinjaman yang dipohon.


Status telah bertukar kepada LULUS...



  • Dengan ini, kerja2 pembinaan boleh dijalankan mengikut perancangan. Diharapkan surat kelulusan dan perjanjian diterima secepat mungkin supaya boleh membuat tuntutan awal untuk menampung kerja-kerja pembinaan yang telah bermula.

Bahan pembinaan iaitu batu dan pasir telah sampai di tapak pembinaan.


Oleh kerana projek ini di uruskan oleh kontraktor tanpa modal, beliau mempunyai projek lain dan kenal dengan pemilik rumah yang baru siap untuk membeli formwork terpakai. Kaedah ini boleh menjimatkan kos kerana bahan ini boleh digunakan beberapa kali.


Beliau mempunyai lori sendiri dan memudahkan urusan pengangkutan.



Saturday, 12 October 2013

Urusan dengan Kedai Bahan Binaan Yang Berkaitan

Pada hari yang sama, hari cuti hujung minggu digunakan untuk berkenalan dengan taukeh kedai iaitu:
  1.    Kedai Mira Hardware (Deposit 10K)
  2.  Kedai Stor Kayu di Batu Rakit (Deposit 3K)
  3. Kedai Meacon Mix (untuk membekalkan ready mix dan deposit 3K)
  4.  Kedai Frame Pintu di belakang BP batu 6 (Tiada deposit)
  5. Kedai Tingkap Allumunium di Padang Nenas (Tiada Deposit)
  6. Kedai Batu Bata Merah di Padang Air (bayar cash bila batu diperlukan 0.42 sen sebiji)


Kontaktor Tanpa Modal

Saya dapati bahawa terdapat satu kategori kontraktor iaitu kontraktor tanpa modal. Tugas yang mereka lakukan adalah sama dengan kontraktor biasa cuma modal adalah daripada tuan rumah. Mereka akan mengenalpasti tukang dan urusan pembinaan rumah.

Oleh kerana itu upah yang mereka ambil adalah mahal sedikit berbanding kita melantik kepala tukang. Tetapi yang bagusnya, beliau akan menguruskan semua perkara dan kita hanya mengeluarkan modal dan claim akan masuk kepada kita kerana kita telah bersetuju dengan penguam dan lesen kontrator yang dipinjam untuk claim terus ke akaun kita. Bagi yang sibuk dan bekerja agak jauh boleh mencari kontaktor sebegini.


Jadi bagi kita yang tidak mempunyai masa, dan masih ingin jimat untuk bina rumah boleh mencari kontraktor ketagori ini dengan syarat anda mempunyai modal permulaan 35% dari jumlah harga rumah. Kelebihan lain, sesetengah kedai hardware yang biasa berurusan dengan kontraktor membenarkan hutang bawang pembinaan dan bayar sedikit demi sedikit apabila mendapat claim progress